Filem “Pekak” Membuka Mata Ibu Bapa Untuk Permasalahan Gejala Negatif!

Filem bertajuk Pekak yang telah di tayangkan pada 1 September 2016 yang lalu telah memberi sedikit sebanyak  kesan mendalam mengenai permasalahan sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita hari ini, terutama golongan “REMAJA” ataupun yang masih bergelar “PELAJAR SEKOLAH”, dan ini telah membuka banyak mata Ibu-Bapa mengenai gejala negatif anak-anak mereka diluar yang mereka tidak mengetahui secara langsung bila mula terjebak pergaulan bebas dan mula mengenal “ROKOK”, “ARAK”, “DADAH”. 

Hal permasalahan negatif begini jika dibiarkan menular dikalangan dalam masyarakat bangsa dan agama kita, kesan akibatnya boleh menyebabkan runtuhnya institusi sesebuah kekeluargaan jika tidak dibendung dan di tegah lebih awal oleh Ibu Bapa kerna semuanya bermula dari rumah untuk didikan tunjuk ajar nasihat diberikan kepada anak-anak.

Masyarakat yang prihatin dan pihak berkuasa seperti AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) , Polis dan Pihak Guru Di Sekolah perlu memainkan peranan memberi ceramah untuk menjauhi bahana “DADAH” kepada mereka yang masih remaja di sekolah.

   Zahiril Adzim memagang watak Uda dalam filem Pekak

Sinopsis Filem Pekak 

Pekak menceritakan kisah romantik antara Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani). Uda, seorang lelaki kurang pendengaran tanpa pendidikan dan keluarga yang mahu mencari alternatif untuk mendengar samula. Dia terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampng kos pembedahan.

Dara pula seorang gadis berusia 17 tahun dan merasakan dirinya dikongkong oleh bapanya sendiri. Dara yang selalu medambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya, berjumpa dengan Uda secara kebetulan dan bermulalah episode cerita cinta antara Uda dan Dara. Namun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah.

(Yang Selebihnya Korang Tengoklah Filem Ini Sendiri Di Bawah Ni k)

filem-pekak-menang

Filem ‘Pekak’ yang dihasilkan oleh Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures memenangi dua anugerah utama di Festival Filem Motivational antarabangsa – Bridge of Arts 2016 (IMF) di Rusia.

 
Anugerah itu diberi kepada Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala skrip ditulis oleh Mohd Khairul Azri Md Noor dipilih memenangi Skrip Terbaik di festival yang berlangsung di Rostov-on-Don pada 24 Ogos hingga 28.
Penulis Oleh : KenyalangLegacy
Link Full Movie & Download Filem Pekak://arai.space/embed.php?v=1813391308932247

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s