Joseph sedia sarung jersi Sarawak

SEDIA KEMBALI: Joseph semasa menyertai Sarawak pada 2015.

˚Sukan



Penyerang Terengganu itu bersedia sertai skuad negeri sekiranya diberi peluang


KUCHING: Bekas penyerang Sarawak, Joseph Kalang Tie bersedia menawarkan kembali khidmatnya kepada skuad itu sekiranya diberi peluang oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Ketika dihubungi Utusan Borneo semalam, Joseph, 29, yang kini menyertai skuad Terengganu berkata beliau masih berhasrat untuk kembali menyertai negeri kelahirannya.

“Sudah tentu saya mahu kembali ke Sarawak suatu hari nanti kerana ia tempat kelahiran saya.

“Namun, ia bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh pihak FAS.

Setakat ini saya belum menerima apa-apa tawaran daripada mereka,” katanya.

Meskipun besar hasrat untuk kembali ke Sarawak, Joseph tetap berharap FAS dapat mengekalkan barisan pemain sedia ada untuk mengharungi kempen tahun depan.

Ujarnya, barisan pemain sedia ada berhak dikekalkan kerana telah bermain dengan penuh komitmen dan gigih untuk memastikan Sarawak kekal dalam Liga Super.

“Ketika ini fokus saya masih dengan Terengganu.

Kita tengoklah nanti…jika ada rezeki saya akan kembali semula ke Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, beliau akan kembali ke Kuching untuk bercuti bermula 29 Oktober ini.

Joseph menyertai Terengganu pada awal musim ini selepas menabur bakti selama empat tahun dengan Sarawak sejak 2012.

Ia kali kedua penyerang kelahiran Miri itu menyertai Terengganu di mana beliau pernah menyertai skuad sama dari 2007 hingga 2011.

Sumbangan terbesar Joseph ialah membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah​

BorneoPostOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s