2 jari hampir hancur dalam mesin pengisar

DIKELUARKAN: Jari mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh bomba diberi rawatan oleh paramedik sebelum mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BINTULU: Dua jari tangan sebelah kanan seorang pekerja sebuah kedai makan di pusat bandar ini hampir hancur akibat termasuk dan tersepit dalam mesin pengisar daging pagi semalam.Warga Indonesia yang dikenali sebagai Irwan, 22, sedang melakukan kerjanya dalam kedai terbabit sebelum ditimpa insiden berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Timbalan Penguasa Bomba Di-Hata Gobel berkata, jari mangsa yang tersepit itu adalah jari hantu dan telunjuk.

“Selepas itu, mangsa bergegas ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Bintulu jam 10.45 pagi bagi mendapatkan bantuan dan lapan bomba diketuai PBK II Zulkifli Narawi memberi bantuan segera untuk  mengeluar jari  berkenaan dari alat pengisar tersebut.

“Kakitangan paramedik Hospital Bintulu tiba sejurus itu di BBP Bintulu pada jam 11.05 pagi untuk memberi bantuan rawatan,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, usaha mengeluarkan jari mangsa dari alat pengisar itu bermula jam 11.08 pagi dan berjaya dilakukan pada jam 11.44 pagi.
Selepas bantuan itu katanya, tangan mangsa telah dibalut serta diberi rawatan sebelum dibawa oleh paramedik dengan ambulans ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut pada jam 11.48 pagi semalam.
BorneoPostOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s