Kemahiran guna alat pemadam api ternyata bermanfaat

TIDAK MEREBAK: Keadaan bahagian dapur, bilik jana kuasa dan jana kuasa yang terbakar di Rumah Chandi, Tatau malam kelmarin.

TATAU: Tindakan pantas penghuni Rumah Chandi, sepanjang 22 pintu yang mahir mengguna 20 unit alat pemadam api (APA) serbuk kering termasuk bantuan air paip memadamkan api yang membakar dua unit jana kuasa diesel dan dapur rumah panjang itu, menyelamatkan kediaman berkenaan daripada musnah seluruhnya dalam kejadian kebakaran malam kelmarin.Tindakan pantas menggunakan APA adalah hasil daripada program ‘Fire Point’ mencegah kebakaran yang diadakan tahun lepas untuk rumah panjang terbabit.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10 malam kelmarin dan bergegas dengan enam anggota diketuai PBK II Joseph Balon bersama jentera Atego dan empat anggota menggunakan pacuan empat roda Toyota Hilux diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Muhammad Jusoh.
Lokasi kejadian terletak 69 kilometer dari BBP Tatau dan jentera Atego tiba di laluan jalan menuju ke rumah panjang itu pada jam 10.28 malam namun berpatah balik berikutan jalan tidak dapat dilalui oleh jentera terbabit.
Hanya kenderaan Hilux yang dapat melalui jalan tersebut dan tiba di lokasi kejadian jam 12.04 tengah malam dan mendapati dua unit jana kuasa diesel termasuk bilik jana kuasa dan bahagian dapur terbakar dalam rumah tersebut.
Begitupun kebakaran itu menurut pihak bomba telah berjaya dipadamkan sendiri oleh penghuni rumah panjang tersebut dengan bantuan kakitangan sekolah dan penduduk rumah panjang berhampiran menggunakan 20 unit alat pemadam api mudah alih dan air graviti (paip).
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit dan hanya dua bilik yang terbakar dalam kejadian itu.Tiada kecederaan ke atas penghuni dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.​
BorneoPostOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s