Di Temui Selamat


MIRI: Pelancong warga Australia Andrew James Gaskell, 25, yang hilang di Taman Negara Gunung Mulu (TNGM) sejak 20 Oktober lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan ‘Hidden Valley’ sekitar Kem 1, iaitu salah satu laluan menuju ke puncak Gunung Mulu.


Mangsa ditemui pada jam 12.30 tengah hari semalam oleh pasukan keempat Ops Mencari dan Menyelamat (SAR) yang terdiri daripada tiga anggota bomba dan penyelamat, dua anggota polis serta dua pegawai TNGM.


Penemuan mangsa oleh pasukan SAR itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehilangannya di taman negara berkenaan, selepas kali terakhir beliau dilihat pada 20 Oktober dan SAR yang dilancarkan sejak 27 Oktober turut dihentikan selepas lima hari pencarian tanpa sebarang petunjuk.


Juruterbang Jabatan Bomba dan Penyelamat merangkap Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Fissol Ismail ketika ditemui di Lapangan Terbang Miri di sini semalam berkata, lokasi penemuan mangsa terletak pada jarak lima kilometer dari Lapangan Terbang Mulu dan keadaan muka bumi yang sukar memaksa mereka membawa mangsa keluar menggunakan kaedah ‘winching’ dari darat ke dalam helikopter.
“Kami terpaksa mengambil mangsa dari lokasi penemuan menggunakan kaedah ‘winching’ dan (mangsa) dibawa ke Lapangan Terbang Mulu untuk diperiksa oleh pegawai perubatan di sana sebelum boleh disahkan selamat untuk diterbangkan ke Miri,” jelasnya.


Mangsa kemudiannya diterbangkan ke Miri bersama pasukan bantuan menggunakan pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Miri pada jam 2.35 petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Miri bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Ditanya mengenai keadaan mangsa ketika ditemui, Ahmad memberitahu mangsa dalam keadaan yang amat lemah dengan kakinya melecet kerana terlalu lama berjalan.


“Dia masih boleh bercakap dan berkomunikasi dengan kami tetapi keadaannya amat lemah dan kakinya pula melecet kerana terlalu lama berjalan,” jelasnya.
Andrew, yang berasal dari Cairns di Queensland, Australia terdahulu mengambil penerbangan dari Miri ke Mulu pada jam 9 pagi, 18 Oktober lalu.


Ketika di Mulu, Andrew tinggal bersama kenalannya, Timothy Baling dan pada 20 Oktober, Andrew memberitahu Timothy bahawa beliau hendak melawat ke Taman Negara Gunung Mulu dan akan balik keesokannya (21 Oktober).
Malah, ketika tiba di taman negara berkenaan pada pagi 20 Oktober, Andrew turut menghantar mesej kepada Timothy bahawa dia akan balik keesokannya (21 Oktober), namun hingga 26 Oktober Andrew masih gagal dihubungi mahupun dikesan menyebabkan adik Timothy, Kalang yang juga rakan Andrew, membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri.
Kes itu kemudian dirujuk kepada Balai Polis Marudi untuk tindakan lanjut dengan Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi DSP Gabriel Risut bertindak menubuhkan pasukan SAR dan melancar operasi mencari mangsa pada 27 Oktober.
Lebih 45 anggota terbabit dalam SAR itu yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan penyelamat termasuk pasukan khasnya, MUST TEAM dan STORM, Platun Tiger Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarawak Forestry Corporation (SFC), pihak pengurusan dan renjer TNGM serta penduduk kampung dari penempatan Penan Batu Imam dan Berawan dari Long Terawan.
Tiga saudara terdekat mangsa iaitu ayahnya, David Andrew Gaskell, 54, adiknya, Benjamin Keith Gaskell, 24, dan bapa saudaranya, Bryan Giles, turut berada di Mulu dan membantu mencari mangsa bersama-sama pasukan SAR


BorneoPost Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s