Guru ditahan sorok dadah


LAWAS: Seorang guru sebuah sekolah menengah di daerah ini antara dua individu dicekup polis selepas perbuatan menyorok dadah dalam kenderaan terbongkar dalam satu pemeriksaan di tepi jalan di kawasan Merapok petang kelmarin.

Suspek, 33, bersama rakannya berusia 36 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan ketika berada di dalam kereta terbabit semasa operasi sekitar jam 5.30 petang.


Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu polis menjumpai satu peket lutsinar mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.


“Kita juga berjaya merampas dadah seberat 27.7 gram yang dianggar bernilai RM4,000.


“Manakala kedua-dua suspek turut didapati positif Ampethamine hasil saringan awal polis ke atas mereka,” katanya di sini, semalam.


Kedua-dua suspek, katanya, ditahan di lokap Balai Polis Lawas dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


Beliau memberitahu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Lawas diketuai ASP Jason Baya menjalankan operasi berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s