IKON-IKON RASMI BAGI SARAWAK BUMI KENYALANG

ORIGINAL BY Borneo Oracle


BILA berbicara mengenai ikon-ikon atau identiti bagi Sarawak Bumi Kenyalang mesti ramai yang menggambarkan burung Kenyalang yang mana ianya sinonim dengan gelaran nama Sarawak itu sendiri. 


Namun begitu disebalik cerita burung kenyalang ini sebenarnya Sarawak turut juga mempunyai ikon-ikon yang lain bagi melambangkan identity Sarawak itu sendiri.  

Sarawak sebenarnya tidak pernah kurang dengan identitinya yang tersendiri baik dari spesis bunga sehinggalah kepada pokoknya juga turut dijadikan ikon rasmi.  Berikut merupakan ikon-ikon rasmi bagi Sarawak buat sumber perkongsian kita semua.  


1. Bunga rasmi – Orkid Normah 


Dinamakan Orkid Normah mengambil bersempena dengan nama Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah iaitu isteri kepada Tuan Gabenor dan mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub.  Dahulu ianya dikenali dengan nama Orkid Lundu kerana di daerah Lundu merupakan habitat asal kepada bunga orkid ini.  


Nama botaninya pula adalah Phalaenopsis Violacea yang mana dikatakan antara spesis bunga orkid yang sedang diancam kepupusan di hutan yang meliar.  Ini kerana terlalu ramai yang mendambakannya kerana mampu mengeluarkan haruman apabila berkembang mekar.  Namun begitu sejajar dengan waktu Orkid Normah juga telah dikomersialkan di tapak-tapak nurseri bagi mengelakkan peminatnya memburu jenis orkid ini di hutan-hutan di seluruh Sarawak.  


Orkid Normah juga boleh didapati di hutan-hutan Semenanjung Malaysia, Sumatera selain daripada di Kepulauan Borneo. 


2. Burung rasmi – Burung Kenyalang 


Spesis burung yang begitu sinonim dengan Sarawak sehingga jata Negara Sarawak juga turut menggunakannya.  Dengan nama saintifiknya Rhinoceros Hornbill, spesis burung kenyalang seperti ini hanya boleh didapati di Sarawak dan juga Borneo.  


Selain daripada itu, burung kenyalang juga sebenarnya ikon burung suci untuk etnik Iban misalnya sehingga banyak legenda di dalam etnik Iban menceritakan keperibadian burung ini.  Sehingga sekarang, burung Kenyalang adalah antara spesis yang dilindungi di Sarawak mahupun Malaysia kerana sekiranya tidak dijaga mungkin ianya juga turut pupus kerana ramai yang menggilai paruh mahupun bulunya untuk dijadikan hiasan di rumah malah juga menjadi aksesori pakaian tradisional masyarakat Sarawak.  


3. Pokok rasmi – Kayu Belian 


Ini merupakan jenis pokok yang begitu mahal harganya di pasaran.  Pokok kayu belian atau turut dikenali dengan nama pokok besi adalah salah satu sumber kekayaan hutan di Sarawak.  Boleh mencapai sehinggai lebih daripada 100 kaki dan diameter pohonnya sahaja boleh mencapai sehingga ke 2 kaki.  


Dengan nama botaninya Eusideroxylon Zwageri, pokok belian menjadi sumber pembalakan di Sarawak.  Kayu belian sering dijadikan struktur rumah sejak daripada dahulu lagi bagi masyarakat Sarawak kerana ianya mampu bertahan lama malah ianya juga turut dijadikan tiang untuk makam-makam lama etnik-etnik di Sarawak seperti Kilireng, Jerunai dan banyak lagi.  


Namun bukan senang untuk mendapatkan kayu jenis ini kerana sekiranya ia ditebang sudah tentu memakan masa untuk menanamnya semula.  Ini kerana tumbesarannya memakan masa yang lama.  Jadi bagi memelihara agar ianya terus ada di hutan-hutan di Sarawak maka penanaman semula yang lebih komprehensif dituntut oleh Kerajaan Sarawak.  


4. Ikan rasmi – Ikan Semah 


Bukan spesis ikan terubok mahupun ikan empurau yang sering menghiasi menu rakyat Sarawak sebaliknya ikon ikan rasmi bagi Sarawak adalah spesis Ikan Semah.  Ikan semah adalah ikan air tawar yang habitatnya boleh didapati di sepanjang sungai-sungai utama di Sarawak.  


Dengan nama saintifiknya Tor Douronensis, spesis ikan semah di Sarawak dikatakan antara spesis ikan gergasi kerana mampu membesar sehingga ke 40 cm dan sudah ada rekod ianya ditangkap melebihi 40 kg beratnya.  Habitat ikan semah juga boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Thailand selain daripada Borneo.  


Inilah ikon-ikon rasmi Sarawak sehingga ianya mempunyai signifikasinya tersendiri apabila berbicara mengenai negeri Sarawak Bumi Kenyalang.  Mungkin ramai anak Sarawak sendiri tidak begitu mengetahui keberadaannya.  Ianya Nampak remeh tetapi sebenarnya mengetahui ikon-ikon rasmi ini juga adalah satu hal yang wajib bagi kita kerana ianya juga menunjukkan jati diri kita sebagai anak Sarawak.  


-HB- 


#KamekSayangSarawakBah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s