Bomba selamat dua ekor anak anjing jatuh parit sedalam 20 kaki

BINTULU: Dua ekor anak anjing terjatuh dan terperangkap dalam parit besar kawasan perumahan Pearl Garden Jalan Sebiew berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu melalui khidmat khas menyelamat yang dilakukan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba, Di-Hata Gobel berkata, dua ekor anjing terbabit terjatuh dalam parit besar sedalam 20 kaki sehingga sukar untuk anak anjing itu naik semula ke atas permukaan parit itu.

Berikutan itu katanya, anggota bomba menggunakan tali menuruni parit itu dan seterusnya menyelamatkan anjing tersebut.

“Dua ekor anjing itu berjaya di bawa naik (dengan dimasuk dalam baldi yang diikat tali). Selepas dinaikkan, anak anjing itu diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya dalam laporannya di sini semalam.

Di-Hata berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.38 pagi dan bergerak ke lokasi kejadian dengan beberapa anggota dan jentera penyelamat.

Katanya, kami tiba di tempat kejadian 11.56 pagi yang jaraknya 8 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu.

Tugas menyelamat yang dilakukan oleh anggota bomba terbabit berjalan lancar sekali gus operasi tamat pada jam 12.20 tengah hari.

BorneoPost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s