Diarah diam, diikat

DITEMUI SEMULA: Hilux yang berjaya ditemui semula selepas beberapa jam kes tersebut dilaporkan berlaku.

KUCHING: Walaupun kehilangan tunai RM28,000 dan barangan kemas bernilai RM60,000 termasuk telefon pintar, sebuah keluarga yang menjadi mangsa rompakan dipercayai ‘Geng Rantau’ menemui semula kenderaan Toyota Hilux yang turut dilarikan dalam kejadian itu.

Menurut sumber, Toyota Hilux tersebut dilarikan sekumpulan tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang merompak keluarga terbabit di Kampung Cina Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 2 pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian tersebut, suspek selain melarikan Hilux berkenaan turut melarikan beberapa unit telefon pintar, wang tunai kira-kira RM28,000 dan barang kemas dianggar mencecah RM60,000.

“Pemilik rumah terjaga dari tidur selepas terdengar anjingnya menyalak dan semasa memeriksa ke luar rumah, dia mendapati terdapat tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

“Selepas itu, mangsa diarah mendiamkan diri sebelum dikumpul bersama ahli keluarga lain dalam sebuah bilik dan turut diikat tangan mengguna kain tuala.

“Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri menggunakan Hilux milik keluarga berkenaan yang kemudian berjaya ditemui di sebuah ladang sawit di Batu 52 Jalan Serian-Sri Aman beberapa jam kemudian,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga berkenaan sebaik sahaja berjaya melepaskan ikatan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan berhubung kejadian masih giat dijalankan.

“Tempat kejadian sebuah rumah banglo didiami oleh empat orang dan suspek semasa kejadian dipercayai bertutur bahasa Indonesia.

“Dalam kejadian tersebut, seorang daripada mangsa mengalami kesan kemerahan di pergelangan tangan dan polis kini masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya.

BorneoPost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s