Remaja maut, rakan parah rempuh kereta

ROSAK: Keadaan motosikal ditunggang kedua-dua mangsa selepas kemalangan tersebut semalam.

KUCHING: Seorang remaja lelaki terbunuh apabila motosikal dibonceng melanggar sebuah kereta yang keluar dari satu persimpangan dipercayai secara melulu, semalam.

Difahamkan, mangsa Mohammad Hasura Stalwie, 16, semasa kejadian membonceng motosikal ditunggangi rakannya dari arah Santubong menuju ke pusat bandar raya sekitar jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta dipercayai keluar dari simpang secara melulu menyebabkan rakan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi hadapan kereta berkenaan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa dan rakannya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan mangsa membonceng motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala rakan mangsa mengalami kecederaan parah,” kata sumber yang turut memberitahu pemandu kereta terbabit, wanita berusia 48 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut cuba membantu kedua-dua mangsa sementara menunggu ketibaan anggota paramedik di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. Manakala rakannya menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS,” kata sumber.

Mangsa terbunuh berasal dari Kampung Debak Laut, Debak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Alexson Naga semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

BorneoPost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s