Waspada perangkap cinta sindiket keldai dadah

SERAH TERIMA TUGAS: Mazlan (tengah) menyaksikan upacara serah terima tugas antara Lukas (kiri) dan Sekam.

KUCHING: Ibu papa perlu memantau aktiviti anak gadis mereka untuk mengelak daripada menjadi keldai dadah, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Menurutnya, sebanyak tujuh tangkapan membabitkan anak gadis diperdaya dengan hubungan cinta sehingga terperangkap dengan aktiviti pengedaran dadah melalui perkhidmatan kurier ke negeri ini.

Tambahnya, gadis menjadi sasaran sindiket keldai dadah biasanya pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi berusia lingkungan 19 hingga awal 20-an.

“Gadis akan dipikat sehingga jatuh cinta. Apabila hubungan berlaku, mereka akan diperdaya menjadi keldai dadah dengan meminta mereka mengambil bungkusan dadah dihantar melalui perkhidmatan kurier.

“Tahun ini sahaja, sebanyak tujuh kes sedemikian rupa, dan kita risau jumlah tersebut akan meningkat jika perkara ini dipandang ringan.

“Justeru, pantau aktiviti anak gadis, kenali dengan siapa mereka berkawan. Jangan sampai sudah ditangkap dan dihadap ke mahkamah baharu bertindak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.

Sementara itu, bekas Ketua JSJN Sarawak ACP Lukas Aket dalam kenyataannya turut memberitahu pihaknya berjaya menahan seramai 5,582 individu negeri ini terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah pada tahun ini.

Lukas memberitahu individu ditahan terlibat pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya membabitkan pengedar dan penagih.

“Dalam tempoh sama, kami turut menyita harta benda dianggar bernilai RM2.7 juta milik individu ditahan sepanjang tahun ini termasuk 23 individu ditahan untuk langkah pencegahan khas,” katanya.

Difahamkan, Lukas sudah menjawat jawatan sebagai Ketua JSJN Sarawak untuk tempoh dua tahun enam bulan akan bertugas sebagai Ketua JSJN Johor.

Terdahulu Lukas telah menyerahkan tugas sebagai ketua JSJN Sarawak kepada DSP Sekam Anoi yang akan memangku jawatan tersebut sehingga ketibaan Ketua JSJN Sarawak yang baharu.

BorneoPost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s