Hanya Dapat Kesakitan

SELAMATKAN NYAWA: Anggota bomba memberi rawatan kecemasan kepada mangsa bagi meminimumkan kesakitannya.

BINTULU: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an mengalami cedera parah setelah terjun dari tingkat tiga sebuah rumah tumpangan di Taman Sri Dagang di sini jam 8 pagi semalam.

Menurut maklumat Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, pihaknya seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2 Zulkifli Narawi bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung insiden itu.

“Sejurus sampai di lokasi, bomba mendapati mangsa sedang terbaring serta menggelupur kesakitan di laluan pejalan kaki hadapan premis,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan awal ke atas mangsa yang dikenali Rahmat Pamuzi mendapati dia mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan serta terseliuh di leher.

Ditanya punca mangsa bertindak bunuh diri, beliau berkata ia masih dalam siasatan polis dan pihak berwajib.

Bomba turut memberi rawatan kecemasan kepada mangsa bagi meminimumkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya sementara menunggu dibawa ke hospital.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

BorneoPostOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s