Bomba keluar pemandu tersepit dalam 4WD

CEDERA: Mangsa diusung oleh anggota bomba untuk dihantar ke HUS.

KUCHING: Seorang lelaki terpaksa dikeluar dengan bantuan bomba kerana tersepit di tempat duduk pemandu selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dipandunya terbabas, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 57 tahun semasa kejadian memandu kereta seorang diri dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya iaitu sekitar jam 9.30 pagi.

Difahamkan, mangsa gagal mengawal keretanya itu sehingga menyebabkan ia terbabas lalu menjunam ke dalam parit.

“Mangsa terlibat dengan kemalangan kendiri apabila keretanya itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam parit menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” kata sumber.

Orang ramai menyaksikan kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa namun terpaksa menghubungi pihak bomba untuk bantuan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba beberapa minit kemudian seterusnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapatkan rawatan,” katanya.

Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang diketuai Pegawai Bomba Kanan Heiruddin Elhi dikerah ke lokasi kejadian.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilapor berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

BorneoPostOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s