Konsert Paling Dinanti 2017

Jika ditanya apakah konsert rock paling dinanti-nantikan tahun ini, jawapannya ialah konsert jelajah Guns N’ Roses – Not In This Lifetime.

Ini kerana selepas mereka berpecah pada 1993, peminat band berkenaan sentiasa ternanti-nanti bilakah mereka akan bergabung kembali.

Walaupun konflik di antara penyanyinya, Axl Rose dengan pemain gitar, Slash seakan-akan tidak bernoktah, peminat tetap mengharapkan band yang pernah digelar ‘The Most Dangerous Band’ ini kembali bersatu.

Pada 2012, Axl dan Slash berbaik semula selepas lebih 19 tahun tidak bertegur sapa. Ia sekali gus mengukuhkan dakwaan mengatakan Guns N’ Roses bakal bergabung kembali.


Walaupun Guns N’ Roses tidak pernah berkubur apabila ia terus dihidupkan oleh Axl, tanpa anggota asalnya seperti Slash, Duff Mckagan (bass), Izzy Stradlin (gitar), Steven Adler (dram) serta anggota pada era album Use Your Illusion I & II seperti Matt Sorum (dram) dan Gilby Clarke (gitar), band ini tidak mampu mencetus fenomena seperti dulu.

Akhirnya Guns N’ Roses merealisasikan impian peminat mereka apabila Axl, Slash dan Duff bergabung kembali dengan mengadakan persembahan istimewa di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 1 April lalu.

Sejarah itu tercipta di kelab malam The Troubadour di barat Hollywood, Los Angeles. Kelab berkenaan cukup istimewa kerana di situlah Guns N’ Roses mengadakan persembahan pertama mereka pada 6 Jun 1985.

Dalam persembahan itu, mereka turut disertai pemain keyboard Guns N’ Roses pada 1991, Dizzy Reed serta anggota terkini Guns N’ Roses iaitu Richard Fortus (gitar) dan Frank Ferrer (dram).

Turut bersama mereka ialah pemain keyboard, Melissa Reese yang kini menjadi wanita pertama menganggotai Guns N’ Roses.

Bagaimanapun, mereka tidak disertai Izzy dan Steven walaupun ia amat diharapkan peminat.

Beberapa jam selepas membuat pengumuman mengenai persembahan di The Troubadour, Guns N’ Roses turut mengumumkan mereka akan mengadakan konsert jelajah Not In This Lifetime yang bermula di Detroit pada 23 Jun lalu.

Sebelum itu, mereka turut mengadakan persembahan di Coachella Festival di Indio serta Las Vegas dan Mexico City.

Konsert jelajah Not In This Lifetime bermula dengan 25 lokasi di Amerika Utara yang berakhir di San Diego pada 22 Ogos lalu. Daripada 25 lokasi terbabit, tiket di 12 lokasi habis dijual!

Ia kemudian diteruskan ke 15 lokasi di Amerika Latin yang bermula di Lima, Peru pada 27 Oktober lalu dan berakhir di Mexico City, Rabu lalu.

Mereka akan berehat sepanjang bulan ini sebelum menyambung konsert jelajah ini di Asia, Australia dan New Zealand bermula 21 Januari depan di Osaka, Jepun.

Guns N’ Roses juga bakal mengadakan konsert di Timur Tengah pada Julai tahun depan. Difahamkan, konsert berkenaan bakal diadakan kembali di Amerika Utara, tetapi belum diumumkan secara rasmi.

Selain itu, mereka juga belum mengumumkan mengenai konsert berkenaan di Eropah.

Apa yang pasti, konsert jelajah Not In This Lifetime kembali menjadikan Guns N’ Roses sebagai jutawan apabila ia mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak AS$132 juta (RM590 juta) sebaik jelajah di Amerika Utara berakhir.

Jom ke Singapura, Bangkok!

Singapura dan Bangkok, Thailand tersenarai dalam konsert jelajah mereka di Asia tahun depan.

Konsert di Changi Exhibition Centre, Singapura akan berlangsung pada 25 Februari, manakala SCG Stadium, Bangkok tiga hari kemudian.

Walaupun Kuala Lumpur tidak dipilih sebagai antara lokasi di Asia Tenggara, namun peminat di sini masih berpeluang untuk ke Singapura.

Difahamkan, tiket paling murah berharga kira-kira RM600, namun ia bukan halangan bagi kebanyakan peminat setia Guns N’ Roses di sini ‘menyerbu’ ke seberang Tambak Johor.

Ketika Guns N’ Roses mengadakan konsert di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Mac 2013 lalu, ia tidak begitu mengujakan kerana hanya Axl Rose tampil selaku anggota asal.

Saya sendiri antara yang hadir ke konsert itu tidak begitu teruja. Jeritan Axl dalam lagu Welcome To The Jungle dan You Could Be Mine masih tidak mampu menghangatkan suasana kerana bunyian gitar dan bass bukan dimainkan oleh Slash dan Duff.

Jadi, bayangkan kali ini ketiga-tiganya itu bergabung kembali memainkan lagu berhantu mereka seperti Sweet Child O’Mine, Mr Brownstone, Paradise City, Don’t Cry, November Rain dan banyak lagi.

Tentu sekali anda ingin menjerit bersama-sama Axl!

HMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s