Azharina Juara GV3, Raih RM100,000

Azharina Azhar Penyanyi Serba Boleh Menyanyi Pelbagai Genre Lagu

Penyanyi Azharina Azhar diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam ini.

Azharina Azhar berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan G-mie sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Siti Sarah pula berjaya memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000.
Pemilihan juara Gegar Vaganza 3 kali ini ditentukan 100% oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan juri jemputan, Hetty Koes Endang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s