TFPW: Harith Iskander juara lawak dunia, bawa pulang hadiah AS$100,000

Harith Bersaing Dengan Empat Pelawak Dunia Lain Seperti Filipina, India, Israel & Greece

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Harith Iskander muncul juara pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland.

Keputusan itu turut diumumkan menerusi twitter penganjur The Laugh Factory.

Harith mendapat undian tertinggi antara lima peserta peringkat akhir.

Kemenangan itu mengambil kira markah daripada juri yang dicampur dengan undian penonton atas talian, yang mengikuti klip persembahan jenaka peserta melalui laman web LaughFactory.com.


Dalam persembahan akhir tersebut, Harith bersaing dengan empat pelawak dunia lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).

Mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan, pengacara program Obviously Harith Iskander itu melawak selama lebih kurang 15 minit, bermula dengan kisah kedatangannya ke Finland, diikuti kisah dalam pesawat penerbangan, seterusnya tentang hubungan antara lelaki dan wanita.

Juara TFPW menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).

TFPW dianjurkan antara lain untuk meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain menyatukan manusia dan mempromosi keamanan melalui acara hiburan gelak ketawa.
Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s