Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan – KPN

Gambar Saspek Ditahan Oleh Pihak Polis


KUALA LUMPUR
: Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Suspek lelaki disyaki perancang utama dalam kes pembunuhan itu ditahan di KLIA petang tadi,” katanya kepada Bernama.

“Syabas JSJ @PDRMsia Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo,” kata Khalid dalam
laman Twitter beliau.

Kayong, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri.
    — BERNAMA


Gambar Saspek Dikehendaki Oleh Pihak Polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s