Polis Cari Individu Panjat “IPOH”

Ipoh: Polis minta semua individu yang terbabit memanjat mercu tanda ‘IPOH’ untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung tindakan berbahaya yang mereka lakukan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), tengah malam tadi berhubung kejadian berkenaan.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.


“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Menurutnya, polis kini sedang mengenal pasti dan mengesan kesemua individu yang terbabit memanjat struktur binaan berkenaan.


“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya,”


“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit diharap dapat menghubungi pihak polis.



“Individu yang berkenaan juga diminta tampil bagi membantu siasatan dan pihaknya yakin dapat mengesan seorang daripada individu itu yang memuatnaik gambar serta video perbuatan mereka itu di laman sosial hingga menjadi viral,” katanya.


Aksi Yang Merbahayakan Diri Sendiri

HMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s